Sign In
Text Size: A A A
|
                          



Manage PermissionsManage Permissions

05-Jan-2017 : DES responds to viral message

​Dengan penuh hormat merujuk kepada permakluman yang telah disebarkan melalui media sosial WhatsApp pada 5 Januari 2017, mengenai dengan penutupan bekalan tenaga elektrik di beberapa kawasan di Daerah Tutong dan di Daerah Belait.

Sabit jua dengan permakluman tersebut, Jabatan Perkhidmatan Elektrik sukacita menegaskan bahawa ianya adalah TIDAK benar, dan TIADA penutupan bekalan yang di jadualkan di kawasan kawasan Daerah Tutong dan Daerah Belait sepertimana yang di sebarkan.  Untuk makluman bersama, sebarang gangguan bekalan tenaga elektrik yang berjadual disebabkan oleh kerja kerja pemeliharaan atau pembaikan peralatan, akan di maklumkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik melalui saluran resmi seperti lazimnya. Orang ramai boleh lah menghubungi Talian Darussalam 123, atau Pengarah Perkhidmatan Elektrik di talian 7170697 bagi pertanyaan lanjut.

Jabatan Perkhidmatan Elektrik juga ingin memohon kerjasama orang ramai supaya tidak menyebarkan apa jua permakluman yang tidak sahih. Di kongsikan bahawa perbuatan menyebarkan maklumat palsu kepada orang awam adalah merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa dibawah undang-undang Negara Brunei Darussalam mengikut Seksyen 34, Akta Ketenteraman Awam Penggal 148 (Public Order Act, Cap 148), yang boleh membawa hukuman penjara sehingga sesuatu tempoh tiga (3) tahun atau denda BND3,000 jika sabit kesalahan.
 
Pengarah,
Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

Attachments